![]() Monday, 5 August 2013 @ 09:59 | 2 Comment [s]
![]()
Sahabat?? Ape tu ?? Jembalang ke?? Pelesit?? Dalam kamus hidupku perkataan
SAHABAT sudah tidak beerti lagi. Aku benci persahabatan!!! BENCI !!!! Huh,Kata
orang persahabatan itu manis. Persahabatan itu indah.. Ah,, TIDAK bagiku itu semua karut. Peduli apa aku,kata-kata
orang itu semua, tak penting bagi aku!!Biarkanlah..Mungkin
dulu aku juga pernah mempercayainya,
namun kini setelah apa yang terjadi pada diriku tidak mungkin aku akan
mempercayainya lagi.Disebabkan sahabatlah aku hilang segalanya. AKU BENCI YANG DINAMAKAN SAHABAT!!!
Kini aku dibesarkan di sebuah rumah anak yatim.Hidupku begitu sunyi
tanpa kehadiran ayah dan adikku disisi. Dahulu walaupun tidak mempunyai ibu aku
masih boleh meneruskan hidup dengan kehadiran ayah dan adik. Ibuku meninggal
kerana sakit. Setelah itu, ayahku berkahwin lain dengan seorang janda beranak
satu. Kata orang mak tiri itu jahat. Itulah yang aku rasakan, kadangkala aku
rasa aku ibarat Cindarella.Pun begitu , hidupku sentiasa gembira walaupun aku
dilayan ibarat orang gaji di rumah. Aku redha. Kerana, ketika itu aku masih ada
sahabat untuk meluahkan segalanya.Dialah tempat aku mengadu, mendengar segala
rintihanku yang dilayan ibarat kuli di rumah itu. Di bahu dia jugalah tempat
aku menumpang segala tangisku.
Namun,suatu hari , segalanya berubah apabila anak saudara mak tiriku
datang ke rumahku dan tinggal bersama kami. Iffa namanya. Umurnya sebaya dengan
aku. Dia seorang gadis yang cantik. Memang aku tidak nafikan. Tetapi, akhlaknya
tidaklah secantik wajahnya itu, kerana dia seorang yang busuk hati. Ketika
dirumahku dia berpura-pura baik dihadapan semua orang tetapi apabila dia
bersama aku, aku dilayan dengan buruk sekali. Aku cuba mengadu dengan sahabatku
tetapi dia sekadar memekakkan telinganya
dan mengatakan aku sahaja yang berperasaan begitu. Semenjak hari itu,
aku hanya mendiamkan sahaja perbuatan Iffa kepadaku. Lagipun aku lihat Iffa dan
sahabatku itu mula berkawan baik. Dimana ada sahabatku itu disitulah ada Iffa,
mereka ibarat belangkas gayanya.
Disuatu, pagi yang hening setelah menunaikan solat subuh aku keluar dari
bilikku untuk menyediakan sarapan pagi. Itulah rutin harianku. Setiap pagi aku
akan menyiapkan kerja-kerja di rumah dahulu sebelum bergerak ke sekolah. Itulah
arahan yang diterima olehku daripada mak tiriku. Ayahku cuba membantahnya,
tetapi semuanya sudah dikuasai oleh mak tiriku. Ketika aku melangkah menuruni
tangga,alangkah terkejutnya aku pagi itu sarapan telah tersedia di atas meja.
Tanpa bertangguh lagi aku segera ke dapur untuk memastikan siapa yang
menyediakan semuanya.Sekali lagi aku terkejut kerana rupanya Iffa yang
menyiapkan semua itu. Setelah itu, dia hanya tersenyum sumbing padaku. Tiba-tiba aku lihat Iffa mengambil teko yang berisi air panas itu lalu
dicurahkan air tersebut ke atas tangannya. Lalu, dia menjerit “ tolong… tolong..
panas.. panas” Aku berasa cuak apa sebenarnya yang mahu dilakukan oleh
perempuan ini. Tidak lama selepas itu, mak tiriku dan sahabatku yang kebetulan hendak
menghantar sarapan kepada kami datang mnjenguk dapur. Alangkah terkejutnya,
mereka mendapati tangan Iffa melecur . Kemudian Iffa menuduh aku yang sengaja
menuang air panas ke tangannya. Aku cuba menidakkannya tetapi apa hak aku untuk
itu . Aku berasa sedih kerana sahabatku yang aku berkawan dengannya sejak kecil
lagi tidak mempercayaiku. Seharian aku berkurung di bilik, tiada siapa
mengendahkan aku.Semenjak itu jugalah, hubungan aku dan sahabatku itu dingin
sekali.
Suatu
pagi ketika aku mahu berangkat ke sekolah , tiba-tiba pakcik Hariz ayah kepada
sahabatku menyapa ayahku dan mengatakan dia ada urusan dan tidak boleh
menghantar anaknya ke sekolah. Dia meminta ayahku untuk membawa anaknya sekali
ke sekolah.Aku hanya memandang sahabatku itu dan mendiamkan diri sahaja.
Semasa dalam perjalanan, tiba-tiba sahabatku itu membuka cerita mengenai
Iffa.Aku tidak tahu apa motifnya.Dia menceritakan sikapku kita bersama Iffa kepada ayahku. Aku
berasa tidak sedap hati kerana ayahku tidak mengetahui bahawa aku dan Iffa
tidak sebulu. Tambahan pula, aku takut penyakit jantung ayahku datang kembali.
Aku menyuruh sahabatku itu, memberhentikannya kerana aku lihat muka ayahku
sudah pucat. Tetapi, dia tidak mengendahkannya. Dia terus menceritakannya. Ketika
sahabatku menceritakan kejadian di dapur itu, dada ayahku berombak-ombak.
Kereta yang dipandu ayahku melanggar pembahagi jalan. DHUUUMMMMM… Kereta kami berlanggaran
dengan sebuah Lori kontena. Aku dan sahabatku tercampak keluar. Ayah dan adikku masih di dalam kereta. Aku
berdoa agar mereka tidak cedera teruk. Setelah itu, aku pengsan dan tidak
sedarkan diri.
Dihospital.
Semasa aku bangun ketika itu, aku dapat
merasakan di sekelilingku putih. Aku ternampak
seorang jururawat menghampiriku. Dia memberi tahuku bahawa berada di
hospital. Aku bertanya kepada jururawat tersebut di mana ayah serta adikku. Aku
lihat jururawat itu hanya menggeleng kepala kemudian dia berkata “adik bersabar
ya .. mengucap banyak-banyak ayah dan adik , adik dah meninggal dunia,” Innalillahi
wainnailaihirajiuun.. Ya ALLAH.. hanya itu yang mampu aku ucap. Jururawat itu
memberitahu ayah dan adikku sudah dikebumikan sejak tiga hari yang lalu.
Rupanya aku sudah tidak sedarkan diri selama tiga hari. Sepanjang tiga hari itu
juga tiada siapa yang melawat aku. Mak tiriku menyalahkan aku atas semuanya
yang berlaku. Semenjak itu, aku membenci
sahabat. Disebabkan seorang sahabatlah aku hilang segalanya. Aku hilang
keluargaku, aku hilang ayahku, adikku.
Selepas itu, aku dihalau keluar rumah dan dihantar ke rumah anak yatim
yang kini aku tinggal sekarang.Sedar tak sedar sudah setahun aku di sini. Lamunanku
tersentak apabila aku merasakan ada tangan yang memegang bahuku. “Kak Ain jom
makan” kata si kecil Mia. Di rumah anak yatim itu aku rapat dengan Mia. Mia ku
anggap seperti adikku sendiri.“Kak Ain.. jom lah” Mia menarik-narik bajuku. “Okay
jom,, Mia sayang!” , kataku.
Ketika aku dan Mia menghampiri dapur aku lihat Ibu Seha iaitu pemilik
rumah ini sedang berbual dengan seorang lelaki yang aku kira umurnya sudah
mencapai status atuk-atuk. Dia memandangku,aku sekadar mengukirkan senyuman
nipis selepas itu terus berlalu bersama Mia. Di dapur aku tertanya-tanya siapakah
gerangan lelaki itu.Setelah penat berfikir aku membiarkan sahaja persoalan itu,
kemudian aku terus menjamu selera bersama Mia.Mia aku lihat makan dengan comot.
Aku mengelap mulutnya. Nasib Mia lebih malang daripadaku Mia kehilangan orang
tuanya sejak dia bayi lagi.Sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana pernah
mendapat kasih sayang ayah dan ibu. Semasa aku mengelap mulut Mia, Ibu seha
masuk ke dapur dengan wajah yang ceria. “Ain, kamu kena berterima kasih dengan
Tan Sri Izzue, sebab kita akan menaja semua program yang bakal berlangsung
nanti” kata Ibu Seha.. “Oh,, Tan Sri rupanya, patutlah nampak kaya.” bisik hati
kecilku. “Ibu Seha, Ibu nak buat program apa ibu??” kataku. Pelik juga aku tidak
ada angin tidak ada ribut,tiba-tiba je ibu ni. “Oh, ya lah kamu semua tak tahu
lagi. Nanti-nanti je lah ibu bagitahu kamu semua. SUPRISE.. haha.” Kata ibu
lagi. “Apa-apa jelah ibu” kataku. Kemudian aku ke singki untuk membasuh pinggan
dan mangkuk.
Setelah itu, aku ke depan untuk menonton televisyen. Aku lihat semua
anak-anak yang tinggal di rumah anak yatim ini begitu khusyuk menonton kartun.Aku
tersenyum melihat telatah mereka.Di rumah anak yatim ini, semua yang tinggal di
sini kecil-kecil aku lah yang paling tua di sini.Aku menganggap mereka seperti
adik-adikku. Merekalah yang menyerikan hidupku selepas semua itu terjadi. Aku
menyapa mereka “adik-adik akak tengok cerita apa ni??”. Sara yang berumur empat
tahun menjawab dengan pelatnya “cite hipin hupin kak.. onokkk” Megat pula
membalas “bukan hipin hupin lah upin ipin ..” Aku tertawa melihat keletah
mereka.
Malam itu, setelah solat isyak berjemaah, Ibu Seha memanggil semua
penghuni rumah anak yatim itu. “Assalamualaikum semua anak-anak ibu. Macam mana
hari ni semua sihat??” begitulah ibu Seha, dia seorang yang penyayang. “Sihat
ibu” jawab aku serta anak-anak yang lain. “ Hari ni ibu nak bagitahu kamu semua
berita penting,untuk pengetahuan semua anak-anak ibu hari sabtu ini kita akan
menyertai satu program yang adventure. Kita akan pergi berkhemah ke Teluk
Batik. Untuk pengetahuan Ain nilah program yang ibu nak cakap tu.” “Yeayy…” kami menjerit serentak. Ada yang siap
berjoget-joget lagi. Perasaan kami gembira bukan kepalang. Begitulah perasaan
kami yang mempunyai nasib yang sama ini. Aku sangat bersyukur ada juga orang
yang bermurah hati seperti Tan Sri Izzue yang sanggup melaburkan wang
semata-mata untuk kami.. Terima Kasih ya ALLAH..
HARI SABTU,
Maka tiba jugalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kesemua penghuni rumah
anak yatim ini. Seawal jam 7 pagi kami sudah bergerak meninggalkan rumah anak
yatim itu. Kami menaiki bas yang disewa oleh ibu. Ceria sungguh wajah mereka
aku lihat, senyum sehingga ke telinga nampak.
Haha. Pelbagai karenah dan telatah mereka , pening aku lihat ibu Seha
melayan gelagat mereka. Maklumlah semua “excited!”.
Setelah beberapa jam di dalam bas akhirnya kami tiba di destinasi yang
ditujui. “Teluk Batik here we come.”jeritku di dalam hati.Kami mengangkut barang-barang, kemudiannya mencari tapak yang
sesuai untuk mendirikan khemah. Aku lihat ramai orang yang ada di sini. Seperti
ada program yang besar dianjurkan.Setelah siap mengemas kami dibenarkan berehat
dan solat zuhur.
Pada waktu petangnya, Kami semua menyertai acara sukaneka. Lebih,
terhibur lagi Najwa Latiff penyanyi kegemaranku itu turut hadir bersama
memeriahkan lagi program kami. Aku berasa sangat seronok. Namun, keseronokkanku
itu hilang begitu sahaja apabila tiba-tiba aku terpandang seorang perempuan
yang pernah menjadi sahabatku selama ini turut ada di situ. Moodku berubah
langsung. Entah kenapa aku rasa marah apabila melihat wajahnya. Mungkin kisah
yang berlaku sebelum ini puncanya. Aku membuat tidak endah sahaja dengan
kehadirannya di situ. Tiba-tiba aku dengar kak Najwa menyanyikan lagu
terbarunya yang bertajuk sahabat, aku yang mengemari Najwa Latiff terus tidak
berminat dengan lagunya yang satu itu. Jika aku memahami lirik yang cuba
disampaikan di dalam lagu itu aku rasa semua itu tipu belaka.
“Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka setiap tangisan dan juga ketawa Kau ada dikala ku perlu setia menemaniku Pegang erat tanganku bila aku jatuh Kau lah yang selalu Selalu menemaniku Mendengar kisah pahit manis Hidup ku Kau lah yang di situ Setia menunggu ku Kau lah yang satu Menjadi sahabatku Ku tahu ku kan selalu ada Pada dirimu Dan ku harap kau juga rasa begitu Kau lah yang selalu Selalu menemaniku Mendengar kisah pahit manis Hidup ku Kau lah yang di situ Setia menunggu ku Kau lah yang satu Menjadi sahabatku Kau lah yang selalu Selalu menemaniku Mendengar kisah pahit manis Hidup ku Kau lah yang di situ Setia menunggu ku Kau lah yang satu Menjadi sahabatku”.
Tanpa berlengah lagi aku terus masuk ke dalam
khemah dan memencilkan diri. Aku hanya
akan keluar apabila tiba waktu makan sahaja. Alasan yang aku berikan kepada ibu
ialah aku kurang sihat.Kasihan ibu dan anak-anak yang lain. “Maafkan Ain ya
ibu,, adik-adik” bisik hatiku.
Kini, sebulan telah berlalu, sejak kejadian
itu, aku tidak lagi mendengar khabarnya dia.
Tengah hari itu, sepucuk surat aku terima,
aku kira mungkin tawaran ke sekolah berasrama penuh kerana aku lihat sampulnya
tertulis “URUSAN SERI PADUKA BAGINDA”.Jika benar sangkaanku ini aku berasa
sangat bersyukur. Tanpa berlengah lagi aku terus berlari mencari Ibu Seha.
“IBU…IBU..” panggilku. “Eh,Ain Kenapa berlari-lari ni nanti jatuh.” “Ibu,
tengoklah ni, Ain dapat surat”. “Surat apa?” “Entah mungkin surat daripada
sekolah berasrama penuh kot” kataku sambil mengoyakkan sampul surat itu dengan
berhati-hati takut surat di dalamnya turut terkoyak. “Alhamdulillah ibu, Ain
dapat!!” “Syukurlah Ain “ kata ibu sambil memelukku. Aku turut mengalirkan air
mata kerana akhirnya impianku ke sekolah yang aku idamkan tercapai.
Hari ini merupakan hari pertama aku
menjejakkan kaki ke sekolah itu. KOLEJ ISLAM SIMPANG LIMA.Itulah nama sekolah
baruku. Walapun berasa sedih meninggalkan ibu dan adik-adik di rumah itu.Namun,
demi masa depanku aku akan tempuhinya itulah tekadku.
Malam itu,selepas solat isyak kami
dikumpulkan.Selepas itu, sesi taaruf di mulakan. Aku tidak berminat pun dengan
semua ini.Aku hanya mendengar dan melihat sambil lewa sahaja mereka yang tampil
ke hadapan untuk memperkenalkan diri,kerana aku tidak terfikir pun mahu
berkawan, lagi-lagi bersahabat dengan mereka. Cukuplah aku pernah terkena. Aku
tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Maka di situ aku hanya dengan hidupku sahaja.
Pergi sekolah sendiri, ke mana-mana pun aku bersendirian.Aku berasa selesa
dengan hidupku ini. Namun sesuatu yang memeranjatkan aku rupanya sikapku ini
terperasan oleh seorang akak senior.Kakak ini kak Lisa namanya.
Suatu
petang, ketika semua warga aspuri turun beriadah, dia menghampiriku yang sedang
membaca novel Hilal Asyraf “ Matahari” . Dia menyapaku sambil tersenyum,
“Assalamualaikum awak Ain kan?” “Waalaikumsalam, ya saya Ain. Kenapa ya kak?”
“Boleh akak duduk?” “Duduklah” jawabku.
Kakak itu, mengajak aku berbual
bersamanya.Aku pun yang teragak-agak berbual sahajalah, Tiba-tiba dia bertanya
padaku novel yang dibaca olehku itu. Aku pun dengan bersemangatnya
menceritakanlah kerana begitu teruja sekali apabila ada orang yang bertanyakan
tentang novel itu. Selepas aku habis bercerita barulah aku tahu kakak itu
memberitahu bahawa dia juga peminat novel. Kakak itu, menceritakan novel
Sinergi karya Hilal Asyraf juga kepadaku, kata kakak itu lagi novel itu
berkisar tentang persahabatan. Terus berubah wajahku. Kak Lisa yang perasan
dengan perubahan wajahku itu, terus meminta maaf. Tidak lama selepas itu,
sebutir demi sebutir air mataku jatuh. Kak Lisa bertambah cuak apabila air mataku
mengalir lebih deras lagi dan teresak-esak tanpa henti. Dia memelukku. Setelah
beberapa minit akhirnya tangisanku reda. Kak Lisa sekali lagi memohon maaf
padaku. Aku hanya mengelap air mata sambil tersenyum memandangnya dan
mengatakan aku yang terlebih sensitif.
“Ain ada masalah ke?” Tanya kak Lisa. “Kalau
Ain ada masalah janganlah segan bagitahu akak.”. Entah kenapa, aku rasa aku
perlu menceritakan semuanya pada Kak Lisa. Setelah itu, aku menceritakan segala
yang berlaku dalam hidupku, tentang ayah,adikku,tragedi yang berlaku yang
menyebabkan aku sukar untuk berkawan dan bersahabat. Kak Lisa menasihati aku.
Dia mengatakan kematian ayah dan adikku itu perancangan Allah. Aku harus menerima
semua yang berlaku dengan redha. Aku tidak harus menyalahkan sahabatku itu.
Selepas mendengar nasihat kak Lisa aku berasa berdosa kerana sebenarnya aku
menyalahkan takdir. Betul kata kak Lisa semua itu ketentuan Allah.
Malam itu, aku cuba menghubungi sahabatku
itu,aku ingin memohon maaf padanya. Setelah beratur panjang di public phone itu
akhirnya, giliranku tiba. Hatiku berasa berdebar-debar. Nombor sahabatku itu
aku tekan. Lama, aku menunggu,talian tidak disambung-sambung tut..tut..tut.. akhirnya telefon itu diangkat.
“Assalamualaikum, ni Nora ke?” ucapku. “Waalaikumsalam, ya ni Nora, siapa ni
ya?” tanyanya. “Ni,Ain”.. jawabku pendek. “Ya Allah, ni Ain ke??, Ain saya nak
minta maaf dekat awak. Maafkan saya Ain ,maafkan saya.”jawab Nora sambil
menangis teresak-esak. Aku yang mendengarnya turut menangis teresak-esak. “Saya
pun nak minta maaf dekat awak Nora.”kataku lagi. “Tak awak tak salah apa-apa
saya yang bersalah, saya tak percayakan awak walaupun kita dah kenal lama.
Sayalah penyebab arwah ayah awak kemalangan.Sayalah orangnya, maafkan saya ya.”
“shut.. awak tak bersalah. Saya maafkan semuanya.” “Baiklah,boleh tak saya nak
jadi sahabat awak semula?” “Ya, Kita jadi sahabat untill jannah okay . hehehe” “ya, untill jannah “ katanya lagi. “Ain awak
nak tahu tak, saya pun bakal sekolah bersama dengan awak, esok saya mula
bersekolah di situ. Saya baru mendapat tawaran panggilan kedua.Awak tunggu saya
ya.” Aku yang mendengarnya bagai ingin melompat rasanya. “Ya, ke??,
Alhamdulillah tak sabar rasanya nak tunggu esok hari. Okay lah duit syiling dah
habis ni, jumpa esok. Assalamualikum” lalu aku meletakkan ganggang telefon.
Selepas itu, aku berjalan ke dorm dengan
senyuman mekar dibibir. Kak Lisa yang ketika itu sedang melipat baju aku tegur
sambil mengucapkan terima kasih atas segala nasihatnya.Malam itu, aku tidur
dengan lena sekali dan mengharap malam bergerak dengan cepat.
Detik malam itulah merupakan titik
perubahanku terhadap persepsi mengenai sahabat berubah kembali. Sekarang aku
sudah mempunyai ramai sahabat dan aku sudah tidak takut untuk berkawan. Aku dan
Nora juga sudah semakin rapat. Indahnya hidup bersahabat. Terima kasih YA
ALLAH,kerana memberi aku merasai nikmatnya berukhuwah dengan sahabat-sahabatku.
sekian..
|
![]() ![]() Welcome to my . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!.
|